Monday, October 24, 2011

Pesan Org2 Tua ambik lesen B Full :-D

Pada suatu hari yg cerah & ceria 2 tahun yg lepas,I dok tgh sibuk jalan2 tukar2 tren kat KL sentral terpandang road show metro driving school ttg belajar ambil lesen motor kereta.

Memandangkan package menarik perhatian dan Cikgu pompuan driving class tu peramah dan ceria bersama2 husband yer yg begitu bagus & sabar mengajar I pun ambik keputusan belajar sampai lulus.pada mulanya ,I ambil lesen D dgn B2 pastu waktu kat Sekolah memandu di Subang pada hari pertama selepas lulus ujian teori memandu,I ubah fikiran apabila terpandang motor kuasa besar Kawasaki ER6.

Pada ketika itu I berubah fikiran kerana I teringat pesan org tua2"kalau nak ambik lesen motor jgn ambil B2!terus ambik lesen motor besar jer B Full!"bila I tanya semula kenapa,jawab yer "Rugi!".

Dan pada hari ini,jawapan rugi itu ternyata ada benarnya pabila terbaca article akhbar HMetro ttg kesedaran umum kelebihan motor berkuasa tinggi ini dan I amat berterima kasih kpd semua ahli keluarga sama ada yg dlm biz automobile engineering DLL yg senentiasa bagi nasihat,sokongan & panduan positive yg berguna.

Saturday, October 22, 2011

Hidup Berbakti

Sudah bertahun lamanya I membaca,mengkaji serta menghayati halaman salasilah keluarga bakti dan I byk behubung dgn ahli keluarga melalui laman facebook DLL.Telah berlaku byk perubahan dlm hidup ahli2 keluarga yg positive sepanjang dlm kesibukan belajar jurusan kejuruteraan dan perakaunan selama 5 tahun ini..alhamdulillah.

Terdapat byk fakta2 yg menakjubkan I sewaktu membuat kajian ttg sistem Raja Berpelembagaan dan Rukun Negara yg bersamaan,selari dan sealiran dgn buku2 fakta2 kajian ilmiah sejarah negara.kekadang cara pemahaman belajar dgn kaum keluarga lain yg mempunyai aliran keluarga dlm kerajaan yg menyatukan sesuatu tugasan pembelajaran dlm pengalaman kajian ilmiah pembelajaran I juga secara positive.

Pada mulanya I sgt2 bersikap ingin tahu dlm perkembangan keluarga kerajaan yg dimuliakan pada setiap negeri2 yg ada dan I sgt teruja telah diberi peluang untuk pengajian dgn fakta keluarga I sendiri dlm buku2 ilmiah kerajaan yg byk membantu mendalami sistem yg ada yg mengekalkan segala kebaikan dan percambahan kemajuan negara yg dialami sehingga hari ini.

Semestinya I byk mencontohi kaum keluarga dlm perbagai bidang dan kemahiran hidup yg menjayakan kehidupan keluarga hari ini dan hari2 yg seterusnya.Inshallah..Pantun 4 rangkap ini adalah kenangan manis dan juga panduan hidup I spt dibawah:

Islam menasihati pesan memesan,
Doa dipanjat pohon kesejahteraan,
Hidup berbakti menjadi warisan,
Untuk kebanggaan generasi kemudian.

I senentiasa hadiahkan yasin dan alfatihah kpd Roh2 ahli keluarga yg telah meninggal dunia arwah Dato2,Tg2,Nik2,Wan2,Che2 DLL dan senentiasa berdoa agar roh2 mereka ditempatkan bersama2 org yg solehin.Amin Ya Allah Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, October 18, 2011

Kenangan yg amat ternilai di IPTs

Teringat waktu mula2 masuk IPTs 5 tahun dulu,dlm pre-interview ttg pengajian bidang perubatan DLL yg berjaya melayakan diri ke universiti mengikuti pengajian tinggi kekadang terfikir juga rasa lega dan senang hati dpt menjawab soalan2 umum yg agak sukar.

Mujur lah dulu rajin juga I membelek buku perubatan dlm Pengajian Kolej sewaktu bertugas Pustakawan dulu ttg subjet yg keluar ternyata berhasil dpt menjawab soalan2 Red Spot kelayakan.Untungnya rajin membaca dpt sedikit sebyk membantu dlm segala urusan selepas sibuk minggu ini dgn perakaunan pembelajaran yg berjaya dpt dijelaskan sepenuhnya utk sambungan pengajian seterusnya.

Teringat kata2 guru2,pensyarah2 DLL mengatakan yg ilmu yg berguna hendak lah dikongsi bersama jika kena pada waktu,tempat dan kehendak semasa yg semestinya kena tepat & betul.
utk menghasilkan sesuatu dgn tenaga & idea perlukan byk2 kesabaran terutamanya dlm menangani perbagai pengalaman yg semestinya lebih bagus menbuahkan hasilnya.

Alhamdullillah,Masih berusaha mengatur rancangan utk menimba ilmu yg seterusnya sehingga minta di izinkan Allah SWT ke peringkat yg tertinggi & ini lah cita2 yg telah menjadi realiti.Inshallah :)